Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantuan Khas RM500 Bantu Pekebun Kecil, Penoreh Getah Di Sabah – Yahya

Rm500pekebungetah

KOTA KINABALU: Semua pekebun kecil dan penoreh getah di Sabah yang layak akan menerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah sebanyak RM500 seorang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah secara ‘one off’ iaitu bayaran sekali sahaja.

“Untuk negeri Sabah, semua pekebun kecil dan penoreh getah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Industri getah Sabah (LIGS) layak menerima bantuan khas ini.

“Bantuan tersebut telah dan akan disalurkan terus kepada pekebun kecil dan penoreh getah secara berperingkat sejak bulan Jun hingga 31 Disember 2014,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Katanya pada masa ini pihak LIGS sedang membantu Risda mengedarkan borang dan mendaftar pekebun kecil dan penoreh getah untuk mendapatkan bantuan khas itu dan setakat ini LIGS mengendalikan secara langsung 27,606 pekebun kecil getah dan penoreh getah.

Timbalan Ketua Menteri juga mengingatkan orang ramai supaya tidak keliru dengan kenyataan pihak tertentu yang mendakwa hanya pekebun dan penoreh getah berdaftar dengan Risda sahaja akan diberi bantuan berkenaan.

Sementara itu, Yahya berkata, Pembayaran Insentif Pengeluaran Getah sebanyak 50 sen bagi setiap kilogram getah kering juga akan diteruskan.

Katanya skim itu diperkenalkan untuk menggalakkan pekebun kecil getah mengamalkan amalan pertanian yang baik bagi meningkatkan hasil getah dan menyamakan harga getah di Sabah dengan Semenanjung sekali gus dapat meringankan beban pekebun kecil akibat penurunan harga getah.

Komen


Berita Berkaitan