Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantuan biasiswa beri peluang pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran-Jainab

7:28pm 14/04/2016 Leolerry Lajius 218 views Pendidikan,Tempatan
Jainab ketika melancarkan gimik perasmian sempena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab ketika melancarkan gimik perasmian sempena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pemberian bantuan kewangan dan biasiswa memberi peluang kepada pelajar untuk menuntut ilmu dan juga memudahkan mereka meneruskan pengajian dalam bidang yang telah mereka pilih.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, melalui bantuan seumpama ini pelajar yang kurang berkemampuan juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran sama seperti pelajar-pelajar yang lain.

“Negara-negara di rantau ini termasuklah Malaysia telah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Jika kita lihat pada zaman kolonial, zaman di mana kita dijajah, biasiswa hanya diberikan kepada golongan pribumi yang berasal daripada golongan birokrat sahaja untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang tertentu seperti perubatan, perundangan dan pendidikan.”

“ Namun, sehingga kini, pemberian biasiswa telah diperluaskan dan sememangnya, kita sebagai rakyat patut bersyukur dengan sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan kita sekarang,”katanya ketika berucap sempena majlis perasmian pelancaran tawaran biasiswa  “RM10 Millions AMU Scholarship” anjuran Asia Metropolitan University, di Plaza Juta, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Asia Metropolitan University (AMU) Kampus Bersekutu Kota Kinabalu kerana menganjurkan program seumpama ini yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi, sektor korporat dan NGO’s dalam program khidmat sosial kepada komuniti untuk memartabatkan pendidikan dikalangan rakyat.

“Saya telah difahamkan bahawa kampus ini telah melahirkan sejumlah 4000 graduan dalam bidang kesihatan sejak tahun 2008.”

“ Seperti yang kita sedia maklum, profesion dalam bidang kesihatan adalah satu profesion yang kritikal dan memerlukan kepakaran serta kemahiran yang tertentu dan kepentingannya dalam komuniti tidak dapat kita pertikaikan,”katanya.

Seramai 55 orang pelajar yang baru mendaftar di AMU Kampus Bersekutu Kota Kinabalu telah mendapat manfaat daripada tajaan ini-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab menyampaikan tajaan biasiswa kepada saah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab menyampaikan tajaan biasiswa kepada saah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan