Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantu walaupun sedikit tapi mempunyai mesej yang bermakna

11:14pm 10/03/2016 Leolerry Lajius 77 views Tempatan
Wendy (berdiri, tiga kiri) bersama rakan dan kakitangan serta kanak-kanak di pusat jagaan tersebut.

Wendy (berdiri, tiga kiri) bersama rakan dan kakitangan serta kanak-kanak di pusat jagaan tersebut.

KOTA KINABALU: Lawatan ke rumah anak yatim memberikan satu pengalaman yang amat bermakna kepada 10 orang anak muda yang berharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan kerja amal bagi membantu golongan yang memerlukan.

Kumpulan anak muda ini yang sedang menuntut si Asian Tourism International College, telah melawat pusat jagaan untuk kanak-kanak kurang upaya, Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya di Sembulan, hari ini, buat pertama kalinya yang memberikan mereka pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ketua kumpulan pelajar tersebut, Chin Yee Ling atau lebih dikenali sebagai Wendy menyifatkan lawatan itu sebagai satu pembelajaran yang memberikan ilmu tidak ternilai dengan melihat sendiri suasana rutin harian kanak-kanak di tempat tersebut.

Lawatan tersebut merupakan salah satu penilaian pembelajaran mereka, bagaimanapun selepas melawat pusat jagaan ini, timbul kesedaran bahawa terdapat ramai lagi kanak-kanak kurang upaya yang masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya.

Oleh itu, mereka berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan kerana mereka percaya walaupun dengan bantuan yang kecil tetapi ia membawa mesej yang bermakna.

Selain meluangkan masa bersama kakitangan penjagaan kanak-kanak tersebut, mereka juga telah menyampaikan barang keperluan harian dan hadiah kepada kanak-kanak di pusat jagaan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan