Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantu promosi karya seni dan lagu tempatan

Persembahan tarian turut sebagai pembuka tirai pertandingan tersebut.
Persembahan tarian turut sebagai pembuka tirai pertandingan tersebut.

TENOM – Bukan menoleh ke belakang tetapi pendekatan yang diambil lebih menjurus ke arah meletakkan lagu lagu hasil karya anak tempatan  di negeri ini sebaris dengan lagu-lagu kontemporari di peringkat nasional dan antarabangsa.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengenai penganjuran Juara Lagu 2015 Keningau.fm yang berjaya menarik penyertaan anak-anak muda mempamerkan bakat dalam bidang seni suara, lirik dan muzik tempatan.

Katanya, bakat serta potensi anak Sabah dalam perkembangan industri hiburan tanahair tidak boleh dinafikan apabila ramai bakat khususnya seni suara dari negeri ini telah mencipta nama melalui pelbagai pertandingan nyanyian atau program realiti di peringkat nasional.

Dengan adanya pertandingan seperti ini kita dapat menyemarakkan seni khusunya lagu lagu tempatan bersama semua pencinta dan peminat nyanyian di seluruh negara kerana ia mampu melestarikan seni hiburan tanahair,” katanya ketika berucap merasmikan Juara Lagu 2015 Keningau.fm di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Entenom, di sini semalam.

Jamawi Jaafar bersalaman dengan orang ramai yang hadir menyaskikan pertandingan tersebut.
Jamawi Jaafar bersalaman dengan orang ramai yang hadir menyaskikan pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan tersebut, kumpulan Punch FT Nokuro 29 dipilih sebagai persembahan terbaik sementara kategori undian lagu SMS Popular dimenangi oleh Fetree Sarigi dengan lagunya Naupus Ra Nambilinan. Bagi kategori Lirik terbaik dimenangi oleh Honest dengan lagu Bebas.

Juara  bagi lagu kategori  lagu Dusun dimenangi oleh Tom Kudud dengan lagu berjudul Mokiampun Oku, lagu Intoppto Aku nyanyan Key Deet Kaje di pilih sebagai Juara (kategori Murut) dan  lagu demi Si Kici nyanyian Atmesfera dinobatkan sebagai juara bagi kategori Bahasa Malaysia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan