Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantu murid pendidikan khas

Kenangan….Mizma bergambar kenangan dengan murid-murid prasekolah SK Pekan Lahad Datu bersama guru-guru.

LAHAD DATU: Masyarakat diminta memberikan perhatian dan keistimewaan penuh bukan sahaja kepada anak-anak kelas pendidikan khas, malah ibu bapa dan penjaga yang mempunyai kesabaran tinggi dalam menjaga dan melayan karenah anak-anak istimewa mereka.

Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appedullah berkata, masalah kesukaran pembelajaran menjadi cabaran besar dalam pendidikan khas kanak-kanak istimewa mengalami masalah pembelajaran seperti autisme, hiperaktif, sindrom Down dan disleksia.

“Malah, dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami keupayaan fizikal turut memerlukan pendidikan khas sebagai komponen penting sokongan yang diperlukan mereka dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Beliau turut berharap ibu bapa memberi peluang sama rata kepada anak-anak agar dapat memaksimumkan potensi mereka ke satu tahap kejayaan yang boleh dibanggakan.

Katanya guru-guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi ketika melayan kerenah kanak-kanak istimewa dalam persekitaran kelas dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan penting menerusi tanggungjawab sokongan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Sumbangan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPK) dan Prasekolah SK Pekan Lahad di Dewan Mini Pendidikan Khas SK Pekan Lahad Datu kelmarin.

Jelas beiau majoriti kanak-kanak yang mengalami masalah autisme, hiperaktif dan disleksia mempunyai tahap IQ yang normal dan kebanyakan me-reka dapat diajar dengan sistem pembelajaran utama dengan bantuan sokongan lain.

“Dengan jalinan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dapat memberikan satu pengalaman yang penting dan bermakna dalam pendidikan khas kanak-kanak,” jelasnya.

Ujar beliau, sudah tiba masanya untuk merealisasikan impian kanak-kanak istimewa sebagai sebahagian daripada konsep 1Malaysia dan menyatupadukan kanak-kanak istimewa tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Tambahnya dalam kita leka mengejar kemajuan hari ini, kita tidak sepatutnya lupa terhadap sebilangan golongan kanak-kanak istimewa yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah kekurangan fizikal dan mental sama ada Sindrom Down, autisme, terencat akal dan masalah lain seperti disleksia.

“Begitu juga dengan kanak-kanak yang cacat pendengaran, penglibatan dan kekurangan anggota badan. Mereka ini memerlukan penjagaan khas bagi membolehkan dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin sama seperti manusia biasa yang lain.

“Begitu juga mereka memerlukan satu bentuk kemudahan pendidikan khas agar keistimewaan dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka dapat dicungkil dan dimanfaatkan sekali gus membolehkan mereka turut menyumbang tenaga kepada pembangunan negara,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 50 orang orang murid menerima sumbangan beg sekolah dan sumbangan Tabung Pendidikan Wanita UMNO Silam sebanyak RM2,000 kepada tabung Prasekolah SK Pekan Lahad Datu.

Turut hadir sama Guru Besar SK Pekan Lahad Datu, Sakka Labacho serta guru-guru dan murid-murid prasekolah.-SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan