Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantu masyarakat luar bandar celik IT

Siringan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima
Siringan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima

KOTA KINABALU- Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) meneruskan usaha untuk mewujudkan masyarakat luar bandar yang celik teknologi maklumat (IT) dengan pendekatan menyelenggara semua peralatan yang ada di pusat e-Desa.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat berkata, pada tahun ini, kerajaan telah mensasarkan 90 peratus penggunaan perkhidmatan atas talian untuk pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mempercepat urusan yang melibatkan pelanggan.

“Salah satu contoh yang sedang dibina sekarang ialah e-status, sistem ini memudahkan dan mempercepatkan permohonan pengiktirafan status bumiputera sterusnya mengurangkan beban tugas yang sedang dihadapi oleh Unit Status Bumiputera,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ucapan Amanat Menteri, di sini hari ini.

Menurutnya, aplikasi mudah alih untuk portal SabahJob juga telah dibangunkan bagi memudahkan para pencari pekerjaan mendaftar dan mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Dalam hal yang sama, kementeriannya juga dalam proses menyediakan perancangan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan program yang dirancang itu adalah lebih menjurus kepada pembangunan modal insan dan pembanguann ICT.

Katanya, kementerian telah mengemukakan empat program di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan dua program di bawah Sabah Skills dan Technology Centre untuk pembiayaan di bawah peruntukan persekutuan.

Sementara itu, beliau turut menggesa kementerian mahupuna gensi di bawahnya agar berusaha untuk tidak terlibat dalam sebarang unsur-unsur negatif.

Menurutnya, usaha meningkatkan tahap integriti perkhidmatan awam bukan hanya terletak pada kesungguhan kerajaan tetapi kerjasama daripada kepimpinan agensi juga diperlukan.

“Sememangnya cubaan, dugaan dan godaan sentiasa berada di sekeliling kita, kita perlu berusaha menangkis segala kemungkinan berdasarkan pada prinsip menjauhi perkara-perkara negetif berdasarkan pegangan agama masing-masing,” katanya.

Katanya, penjawat awam yang berintegriti membantu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. –oleh Dewiana Tinggolongon / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan