Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantu kanak-kanak menjadi generasi berkualiti

 

Jainab (lima dari kiri) menyaksikan seorang kanak-kanak mengasingkan batang aiskrim mengikut warna dengan mata tertutup.
Jainab (lima dari kiri) menyaksikan seorang kanak-kanak mengasingkan batang aiskrim mengikut warna dengan mata tertutup.

KOTA KINABALU – Masyarakat digesa terus berganding bahu dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak sebagai persediaan masa hadapan disamping menjadikan mereka generasi berkualiti, mempunyai jati diri dan mempunyai akhlak terpuji serta bertamadun.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, usaha seperti ini perlu diteruskan bagi memberi kebaikan kepada perkembangan minda kanak-kanak.

“Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai, permata berharga dan menjadi harapan kepada ibu bapa agar mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, negara dan masyarakat. Mereka adalah pewaris kepada generasi yang akan memimpin dan mencorakkan negara akan datang. Oleh itu, mereka harus diberikan pendidikan yang terbaik,” katanya ketika berucap dalam program Hari Keluarga
Alpha Genius Center (AGC) Sabah, di Pantai Teluk Likas, di sini hari ini.

Menurutnya, AGC merupakan sebuah syarikat bumiputera yang aktif menganjurkan program pendidikan untuk kanak-kanak melalui kursus dan seminar pengaktifan otak tengah di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Difahamkan, katanya, program Pengaktifan Otak Tengah ini telah dijalankan sebanyak tiga kali di Kota Kinabalu dan melibatkan hampir 100 orang pelajar yang mengikutinya.

“Sebahagian besar mereka telah menunjukkan kebolehannya membuat aktiviti dengan menutup mata, boleh membaca, mewarna, menyelesaikan teka teki dan yang lebih hebat menaiki basikal dengan menutup mata,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas AGS, Adi Nurafie berkata, sebuah Bengkel Pengaktifan Otak Tengah akan dilaksanakan pada 29 Mac ini, bertempat di Wisma Usia 1Borneo.

Keterangan lanjut mengenai bengkel tersebut boleh menghubungi 0198803979 atau melayari laman social facebook di www.facebook.com/AlphaGeniusCentre- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan