Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bantu golongan OKU penglihatan-Jainab

11:19pm 04/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab menandatangani plak sebagai tanda merasmikan pembukaan kedai urut 'Blind Touch'. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Jainab menandatangani plak sebagai tanda merasmikan pembukaan kedai urut ‘Blind Touch’. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Semua pihak khususnya pihak bekuasa tempatan dan kompleks membeli belah diseru agar menyediakan tempat khas untuk golongan orang kurang berupaya (OKU) penglihatan bagi menjalankan perniagaan mereka.

“Ini merupakan cara kita untuk memperkasakan mereka yang kurang berupaya penglihatan selain memberi kebajikan dari segi kewangan”, kata Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Beliau yang merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut menyarankan orang ramai supaya menyokong OKU penglihatan dalam perniagaan yang diceburi mereka.

Jainab berkata demikian semasa berucap sempena merasmikan Kedai Urut “Blind Touch” di Pusat Beli Belah Oceanus, di sini, hari ini.

Presiden Pertubuhan Orang- Orang Buta Sabah, Datuk Rosalind Chew Bee Koh berkata bekerja sendiri dan keusahawanan merupakan jalan terbaik bagi golongan tersebut untuk memantapkan keadaan ekonomi mereka.

“Pihak pertubuhan telah mengenalpasti bahwa bidang refleksologi dan urut badan merupakan jenis pekerjaan yang boleh diceburi oleh para OKU penglihatan.

“Mereka yang mahir melakukan refleksologi dan urut badan mendapatkan pekerjaan samada secara persendirian mahupun di pusat- pusat urut”, ujarnya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Jainab bersama Rosalind (kiri) dan Fauzi (kanan) diurut oleh OKU penglihatan. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Jainab bersama Rosalind (kiri) dan Fauzi (kanan) diurut oleh OKU penglihatan. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan