Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bantu bekas banduan kembali kepada masyarakat

Rosnah menerima cenderamata kenangan daripada pegawai penjara semasa Program Masih Ada Yang Sayang. - Foto Jabatan Penerangan
Rosnah menerima cenderamata kenangan daripada pegawai penjara semasa Program Masih Ada Yang Sayang. – Foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Masyarakat diminta memainkan peranan masing-masing dalam membantu menjayakan usaha pihak berkuasa memulihkan banduan yang dipenjarakan kerana melakukan kesalahan lampau..

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin berkata masyarakat seharusnya memberikan peluang kedua kepada bekas banduan terbabit untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Walaupun kita dipisahkan dengan tembok batu, pagar besi tetapi ianya tidak seharusnya memutuskan silaturrahim antara kita dengan mereka (banduan),” katanya semasa program pengagihan kurma ‘Masih Ada Yang Sayang’ di Penjara Pusat, Kepayan di sini hari ini.

“Saya yakin dengan cara ini dapat membantu proses pemulihan,” katanya lagi.

Terdahulu, Rosnah meluangkan masa membeli belah untuk persiapan menyambut Syawal, bersama-sama 20 anak yatim dari sekitar Parlimen Papar. – PENERANGAN – ZA/JGK

Komen


Berita Berkaitan