Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bank Rakyat hargai sokongan pelanggan

PELANGGAN DIHARGAI... Kakitangan pengurusan Bank Rakyat cawangan Putatan bergambar kenangan bersama para pelanggan akaun deposit tetap mereka. - Foto ILLE LIYANA TUGIMIN / Sayangsabah
PELANGGAN DIHARGAI… Kakitangan pengurusan Bank Rakyat cawangan Putatan bergambar kenangan bersama para pelanggan akaun deposit tetap mereka. – Foto ILLE LIYANA TUGIMIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Kira-kira 60 orang pelanggan akaun deposit tetap Bank Rakyat cawangan Putatan diraikan dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Sabah Oriental Hotel, di sini pada Isnin.

Pengurusnya, Zairunnizam Mohd Ngimbron berkata, majlis itu diadakan bagi menghargai sokongan pelanggan tersebut kepada Bank Rakyat cawangan Putatan.

“Di samping itu, majlis berkenaan juga bagi memperkenalkan Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat yang baru dilantik Haji Norahim Buang,” katanya dalam ucapan ringkas di sini.

Majlis penghargaan tersebut merupakan kali kedua dianjurkan sejak 2013 khas untuk para pelanggan mereka.

Sementara itu, Norazira Mohd Rodzi, 27, seorang pekerja swasta berkata, beliau tertarik dengan kadar faedah yang ditawarkan oleh bank berkenaan.

Katanya, selain kadar faedah yang berpatutan, polisi mesra pelanggan kakitangan bank berkenaan turut memuaskan.

“Saya membuka akaun deposit sebanyak RM5,000 pada 2013 selepas disarankan oleh seorang rakan,” katanya ketika ditemui media.

Norazira berkata beliau merancang untuk mengerjakan ibadat haji menggunakan wang berkenaan.

Bendahari Koperasi Pekerja-pekerja Kerajaan Sabah Bhd (KOPEKS), Sulaiman Awang berkata pihaknya telah membuka akaun deposit di Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu sejak 2006.

“Bank Rakyat memberikan banyak kelebihan kepada kalangan pendeposit seperti kadar faedah yang tinggi serta tawaran pembiayaan korporat,” katanya.

Beliau berkata, setiap keuntungan faedah yang diperolehi melalui akaun tersebut akan dibahagikan kepada kira-kira 11,000 ahli KOPEKS dalam bentuk dividen tunai. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan