Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bank Rakyat cadang program CSR untuk kanak- kanak autisme tahun ini

5:23pm 01/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 31 views Kota Kinabalu,Tempatan

Nizam semasa sidang akhbar selepas majlis makan tengahari Bank Rakyat Bersama Media, di Hyatt Hotel, di sini, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Bank Rakyat bercadang melaksanakan aktiviti tanggungjawab social korporat (CSR) yang memberi tumpuan kepada pembangunan kanak-kanak autisme di Sabah tahun ini. 

Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata Bank Rakyat telah bekerjasama dengan empat persatuan autisme di Semenanjung, sebuah persatuan di Sarawak manakala di Sabah, pihaknya sedang mengenalpasti persatuan autism bagi menjayakan program CSR itu.

“Pada Disember tahun lalu, Bank Rakyat meraikan kanak-kanak autisme dengan menonton tayangan filem ‘Upin Ipin Jeg Jeng Jeng’ di Kuantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Selain membantu kanak-kanak istimewa dan persatuan autisme untuk mencari dana, program CSR ini diharap dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap masalah autisme,” katanya.

Nizam berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis makan tengahari Bank Rakyat Bersama Media, di Hyatt Hotel, di sini, baru-baru ini.

Katanya kesedaran orang ramai terhadap penyakit autisme masih di tahap yang rendah, dan sebab itu program CSR perlu diperkasakan.

“Dalam hal ini, kita tidak boleh kerja sendirian tanpa kerjasama semua pihak termasuk media,” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda