Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BANJIR, Warga emas yang cedera diselamatkan

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas  tercedera akibat terkena kayu yang hanyut semasa kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Penampang semalam.

Lelaki itu dengan 52 orang yang lain walaubagaimanapun diselamatkan oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat menggunakan dua buah bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata beberapa kawasan seperti  Kolopis, Putaton Bunsadon dan Kampung Kivatu mengalami runtuhan kecil tanah dan pokok tumbang namun tiada mangsa yang  dilaporkan terlibat.

Tambah Jamaludin kawasan Country Shangrila, Taman Kasugui dan sekitar Kampung Kibabaig turut dinaiki air sehingga paras satu meter dari paras jalan.

“Operasi diteruskan dengan rondaan akhir oleh trak tiga tan bomba di kawasan tersebut bagi memastikan tiada mangsa yang terlepas pandang,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

Keadaan kawasan yang dilanda banjir semalam
Keadaan kawasan yang dilanda banjir semalam

Komen


Berita Berkaitan