Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat, 7 maut

10:48am 10/02/2016 Pak Roshan 7 views Global
SEORANG ibu membawa anaknya meredah banjir di Agam.

SEORANG ibu membawa anaknya meredah banjir di Agam.

Pekanbaru: Tujuh orang terbunuh akibat tanah runtuh dan banjir yang melanda beberapa bahagian Sumatera Barat, berpunca daripada hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Bencana itu juga memaksa ribuan penduduk berpindah ke tempat lebih selamat serta memusnahkan kemudahan asas penting.

Daerah paling teruk terjejas ialah Agam, Solok Selatan, Lima Puluh Kota dan Solok.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BPNP) berkata , hujan itu menyebabkan tiga sungai di wilayah itu melimpahi tebing.

Satu keluarga enam orang adalah antara yang terbunuh apabila rumah mereka ditimpa tanah runtuh.

“Kami berjaya menarik keluar dua mayat dan masih mencari empat lagi,” kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Mangsa ketujuh ialah seorang lelaki yang dihanyutkan air deras.

Tanah runtuh berkenaan juga menyebabkan dua jambatan rosak dan melumpukan trafik dari Payakumbuh di Sumatera Barat ke Pekanbaru, ibu negeri wilayah Riau.

Sekurang-kurangnya 2,000 rumah dan 100 hektar sawah di Solok dinaiki air sedalam satu meter setengah sejak kelmarin.

Memandangkan belum ada tanda hujan itu akan berhenti, BPNP dan pihak berkuasa tempatan, termasuk polis dan tentera mendirikan khemah bagi mangsa yang terpaksa berpindah serta mula mengagihkan bantuan makanan dan pakaian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan