Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir: Perkhidmatan kereta api di Sabah terjejas

sabah-trainKOTA KINABALU – Banjir yang melanda empat daerah di Sabah sejak 20 Jan menjejaskan perkhidmatan kereta api di enam daripada 14 stesen.

Pengurus besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah Melvin V. Majanga berkata landasan tunggal sepanjang 134km di negeri ini yang ditenggelami air ialah dari stesen Bongawan dekat Membakut hingga ke stesen Rayoh di Tenom.

“Kami akan buat penilaian terhadap landasan yang terjejas sebaik sahaja air surut. Landasan yang tidak terjejas juga akan dibuat penilaian dan diperkukuh bagi memastikan ia tidak menyebabkan berlaku kegelinciran,” katanya apabila dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Majanga berkata beberapa tempat di sepanjang landasan juga mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat dan kerja pembersihan sedang dilakukan.

Hujan lebat menyebabkan berlaku banjir di Membakut, Beaufort dan Tenom sejak 20 Jan dan memaksa penduduk berpindah.

Pada Rabu, Sipitang menjadi daerah keempat dilanda banjir.

Banjir di Tenom mula surut Khamis pagi. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan