Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir: Pengetua, Guru Besar diminta kenalpasti bantuan diperlukan

BANTUAN... Mary Yap bersama Tawfiq dan tetamu lain menyampaikan bantuan kepada salah seorang anak yatim pada majlis itu.
BANTUAN… Mary Yap bersama Tawfiq dan tetamu lain menyampaikan bantuan kepada salah seorang anak yatim pada majlis itu.

TAWAU: Pengetua dan guru besar sekolah yang terjejas akibat banjir, diminta supaya mengenalpasti bantuan segera yang diperlukan untuk persediaan sesi persekolahan bagi tahun depan.
Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching, bantuan segera daripada kerajaan dan agensi terlibat itu akan disalurkan kepada sekolah terbabit selepas mendapat maklumat yang diberikan oleh pengetua dan guru besar sekolah berkenaan.
“Bantuan akan diberi selepas mendapat maklumat, jadi pengetua dan guru besar perlu mengesan jenis bantuan yang diperlukan samada buku teks, kerusi, meja dan lain-lain,’’ katanya pada Majlis Ramah Mesra Krismas di sini pagi tadi.
Turut hadir di majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar.
Sementara itu, seramai 20 orang anak yatim menerima bantuan sempena sambutan Krismas.

Komen


Berita Berkaitan