Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir melanda dua daerah di Sabah pulih

Ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (kiri) dialu-alukan oleh beberapa ahli PBS sewaktu menghadirii Rumah Terbuka Krismas parti itu di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.
Ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (kiri) dialu-alukan oleh beberapa ahli PBS sewaktu menghadirii Rumah Terbuka Krismas parti itu di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.

KOTA KINABALU – Dua daerah di Sabah iaitu Tenom dan Beaufort yang dilanda banjir sejak tiga hari lalu beransur baik dan kesemua mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing sejak petang semalam manakala pusat-pusat pemindahan juga ditutup.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, bencana alam di daerah tersebut selama beberapa hari semakin pulih terutama di pekan dan kampung-kampung yang sebelum ini ditenggalami air ekoran hujan lebat.

“Semalam saya telah diberikan taklimat oleh Pengerusi Bencana Alam Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, nampaknya banjir mula surut dan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sebelum ini sudah kembali ke rumah mereka,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Krismas anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlida R.M Jasni, selaku tetapi kehormat; Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili serta beberapa menteri Kabinet negeri.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (tengah) dan Musa Aman (tiga dari kini) bergambar kenangan bersama beberapa tetamu termasuk menteri Kabinet negeri semasa sambutan Rumah Terbuka Krismas anjuran PBS.
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (tengah) dan isteri, Toh Puan Norlida R.M Jasni (empat dari kanan) serta Musa Aman (tiga dari kini) bergambar kenangan bersama beberapa tetamu termasuk menteri Kabinet negeri semasa sambutan Rumah Terbuka Krismas anjuran PBS.

Sementara itu, Pengerusi Daerah Beaufort Mohd. Shaidi Othman berkata, pusat pemindahan di Dewan Baru Beaufort ditutup pukul tiga petang semalam dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kampung mereka.

“Kecuali Kampung Bakalau dan Suasa di Beaufort masih lagi banjir memandangkan kawasan itu rendah dan air surut menghala ke kampung tersebut,” katanya kepada SayangSabah.

Mengenai sambutan rumah terbuka itu, Musa berkata, Sabah dijadikan contoh terbaik sebagai sebuah negeri yang mengamalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan buktinya budaya kunjung-mengunjung dan sikap hormat-menghormati diamalkan di negeri ini.

“Sambutan Krismas hari ini sangat meriah dan mereka yang datang bukan sahaja orang Kristian tetapi juga rakan Islam. Ini menunjukkan kita di Sabah memang sudah lama mengamalkan budaya ini. Kita di Sabah tidak ada masalah sekalipun kita berbilang kaum dan agama,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan