Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir lumpur sekali lagi melanda Kota Belud

Foto NSTP
Foto NSTP

KOTA BELUD: Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian, di Kota Belud, awal pagi tadi.

Banjir lumpur itu turut menjejaskan penduduk di Kampung Malangkap Baru, dekat sini, yang terputus hubungan susulan banjir berkenaan.

Dipercayai, banjir lumpur yang berlaku susulan hujan lebat di sekitar kawasan Gunung Kinabalu, menyebabkan sebuah jambatan sementara yang dibina di kampung berkenaan dihanyutkan banjir selain perhubungan jalan raya turut terputus.

Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan minta penduduk kampung yang tinggal berhampiran tebing sungai berpindah ke tempat tinggi.

07belud3.transformed
Foto NSTP

 

“Saya menerima maklumat mengenai banjir lumpur ini awal pagi tadi dan kemungkinan ia (banjir) sudah berlaku sejak malam tadi, susulan hujan berterusan. Pihak yang terbabit dalam operasi bencana ke tempat kejadian untuk melihat lebih lanjut.

“Saya minta penduduk kampung khususnya yang tinggal di tebing sungai agar berpindah ke tempat tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 4 Julai lalu, banjir lumpur yang berlaku di Sungai Ulu Kadamaian dan Penataran, menjejaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau Taburi di Kota Belud yang terletak berhampiran dengan sungai. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan