Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir: Lebih 300 keluarga terima bantuan

KUDAT: Lebih 300 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di sini menerima bantuan makanan, alat tulis sekolah dan peralatan dapur yang disumbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, pagi kelmarin.
Antara kampung yang terjejas akibat bencana itu adalah Kg Korina, Kg Andap Jawa, Kg Naradang Jawa, Kg Purina, Kg Bak-bak dan Kg Tinutudan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika menyampaikan bantuan itu berkata, sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban rakyat yang dilanda musibah banjir.
Dalam pada itu, beliau juga berharap agar masyarakat sentiasa memberikan kerjasama kepada agensi dan jabatan berkenaan terutama ketika menghadapi bencana alam.
“Semua pihak harus memainkan peranan agar segala masalah boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya di Mini Dewan Pejabat Daerah di sini pagi kelmarin.
Sementara itu, Jainab turut menasihati masyarakat agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
“Rakyat harus berusaha dan berikhtiar untuk mencari jalan menghadapi ujian, musibah dan kehidupan,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

SUMBANGAN... Jainab menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir.
SUMBANGAN… Jainab menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir.

Komen


Berita Berkaitan