Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Banjir kilat melanda Penampang

9:53pm 08/11/2015 Leolerry Lajius 83 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar yang dikongsi oleh pengguna laman sosial

Gambar yang dikongsi oleh pengguna laman sosial

PENAMPANG:Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Sabah selepas hujan lebat sejak petang tadi  menjadi antara topik yang dimuat naik ke laman sosial oleh penduduk yang terjejas.

Menurut salah seorang pengguna Whatsapp Telcadora James yang tinggal di kawasan Jalan Kibabaig Minintod, air mulai naik bermula pada jam 3.50 petang.

“Rumah kami mulai dimasuki air pada jam 5.00 petang dan kami juga dimaklumkan oleh pihak bomba bahawa terdapat kejadian pokok tumbang di jalan tersebut menyebabkan jalan tersebut tidak dapat dilalui,”katanya.

Tambah Telca, Kampung Kasigui terjejas  akibat banjir tersebut dan sehingga jam 8.20 malam air mulai surut tetapi agak perlahan.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, pantai barat Sabah mengalami ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang sementara sebelah malam pula hujan di satu dua tempat –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan