Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir Kilat Di Beberapa Lokasi Di Beaufort Berikutan Hujan Lebat

Hujan lebat berterusan mengakibatkan tiga sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Tamalang dan SK Lembah Poring, di daerah Beaufort ditutup berikutan dinaiki air. - Foto ihsan Pembaca
Hujan lebat berterusan mengakibatkan tiga sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Tamalang dan SK Lembah Poring, di daerah Beaufort ditutup berikutan dinaiki air. – Foto ihsan Pembaca

BEAUFORT : Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak petang semalam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Bakau dan Kampung Tamalamgalong terjejas akibat banjir kilat.

Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Beaufort Justinson Sondoh berkata hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 7 malam, semalam itu turut mengakibat beberapa jalan termasuk Jalan Sipitang-Bukau dinaiki air dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Bagaimanapun jalan berkenaan (Jalan Sipitang-Bukau) masih boleh dilalui kenderaan.

“Setakat ini belum ada mangsa yang dipindahkan. Namun kita telah membuka pusat kawalan untuk persedian menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata pihaknya sedang memantau keadaan di beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu termasuk memantau kawasan di daerah Penampang, Beaufort dan Membakut, ekoran hujan lebat berkenaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan