Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir Kilat: Bomba Tawau Bantu Hantar 10 Calon UPSR

TAWAU – Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melakukan operasi membantu menghantar 10 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kampung Pasir Putih di sini, ke Sekolah Kebangsaan Pasir Putih setelah kawasan rendah di kampung itu dilanda banjir kilat.

Ketua BBP Zon 6 Tawau Ismaidi Ismail berkata dalam operasi itu, pihaknya menggunakan bot dan kenderaan pacuan empat roda berikutan jalan di Blok A dan B kampung itu ditenggelami air.

“Pada 4.44 pagi tadi, BBP telah menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung Pasir Putih dan 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemantauan pasukannya mendapat terdapat beberapa kawasan turut terjejas banjir antaranya kampung Vietnam, Batu 2 dan Batu 22.

Namun, Ismaidi berkata belum ada pusat pemindahan yang dibuka ekoran keadaan banjir yang masih terkawal. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan