Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir Di Sabah, Sarawak Beransur Pulih Pagi Ini

banjir-sabah-4

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak beransur reda pagi ini apabila jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan mencatatkan penurunan berbanding malam tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa di Beaufort dan Membakut menurun kepada 224 orang daripada 45 keluarga berbanding 614 orang daripada 179 keluarga malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong seramai 11 orang, Dewan Baru Membakut (117 orang) dan Dewan SMK Membakut (96 orang).

Sementara di SARAWAK, jumlah mangsa menurun kepada 983 orang daripada 306 keluarga berbanding 1,063 orang daripada 332 keluarga malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata di Samarahan ada seramai 410 mangsa, Mukah (66 orang), Limbang (424 orang) dan Miri (83 orang).

Katanya lapan pusat pemindahan banjir yang masih dibuka sehingga kini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa masih kekal 255 orang daripada 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai. -BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan