Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BANJIR DI SABAH DAN SARAWAK BERANSUR BAIK TENGAH HARI INI

banjir3-600x367
Keadaan banjir di daerah Beaufort dua hari sebelum ini.

 

KUALA LUMPUR, 23 Jan : Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak beransur baik tengah hari ini apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di dua negeri itu menurun kepada 7,886 orang berbanding 8,880 orang pagi tadi.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di Perak dan Kelantan masih kekal dengan masing-masing mencatat 77 orang daripada 18 keluarga dan 255 orang daripada 62 keluarga.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir menurun kepada 4,636 orang daripada 1,646 keluarga berbanding 5,577 orang daripada 1,743 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman berkata jumlah mangsa banjir yang berada di enam pusat pemindahan di daerah itu adalah sebanyak 1,513 orang daripada 491 keluarga.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Membakut Sarudin Ismail berkata sebanyak 2,992 mangsa daripada 817 keluarga kini masih berada di lima pusat pemindahan di daerah kecil itu.

Di Sipitang, jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah itu berkata jumlah mangsa banjir kekal 131 orang daripada 35 keluarga seperti pagi tadi.

Di SARAWAK, bilangan mangsa kini menurun kepada 3,250 orang berbanding 3,303 pagi tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah mangsa banjir di Long Panai, Miri menurun kepada 172 mangsa banjir manakala di Kuching (379 mangsa di satu pusat pemindahan), Samarahan (1,397 di enam pusat pemindahan), Limbang (1,219 di enam pusat pemindahan) dan Mukah (83 di satu pusat pemindahan).

Katanya sehingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat jumlah sekolah yang ditutup hari ini namun berdasarkan keadaan banjir yang seakan sama dengan semalam, jumlah yang ditutup dianggar 15 sekolah.

Di PERAK, jurucakap MKN Perak berkata jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 77 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Perak Tengah sebanyak 43 orang dan di Hulu Perak 34 orang.

Di KELANTAN, jurucakap MKN negeri berkata bilangan mangsa banjir kekal 255orang daripada 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai berikutan rumah mereka hanyut atau musnah teruk dalam banjir yang melanda kawasan itu Disember lepas. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan