Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Banjir di pedalaman Sabah pulih

6:37pm 22/12/2015 Pak Roshan 153 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan
SEBAHAGIAN rumah ditenggelami air berikutan banjir di Kampung Bakalau, Beaufort. - Foto Mohd Nazllie Zainul

SEBAHAGIAN rumah ditenggelami air berikutan banjir di Kampung Bakalau, Beaufort. – Foto Mohd Nazllie Zainul

BEAUFORT: Banjir di pedalaman Sabah sejak kelmarin pulih sepenuhnya apabila air mula surut di beberapa kampung di daerah ini yang sebelumnya terjejas akibat limpahan Sungai Padas.

Antara kampung terbabit Kampung Lawa, Bakalau, Binunuk, Suasa dan Batu 58, namun pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini.

Banjir di daerah ini sejak beberapa hari lalu itu tetapi tiada membabitkan pemindahan penduduk.

Penduduk Kampung Lawa, Mohd Puting Musdin, 56, berkata kawasan rumahnya mula digenangi air sejak Subuh semalam namun ia hanya berlaku beberapa jam sebelum mula surut menjelang petang dan pulih sepenuhnya pagi ini.

“Kampung ini memang antara yang sering dilanda banjir kerana kedudukannya berhampiran Sungai Padas.

Syukur banjir kali tidak seteruk awal tahun ini. “Kebanyakan penduduk di kampung ini tidak perlu berpindah memandangkan rumah dibina jenis bertiang tinggi sekali gus tidak bimbang dengan keselamatan diri serta harta benda, ” katanya.

Katanya, banjir kedua melanda kampung berkenaan dalam tempoh tiga minggu. Beliau bagaimanapun tetap mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membeli barangan keperluan dapur secukupnya setiap kali mendapat berita mengenai kemungkinan banjir melanda daerah ini.

Semalam, seramai 21 penduduk daripada lima keluarga di Kampung Pantongan Saga, di Tenom, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pusat pemindahan sementara di Rumah Kebudayaan kampung itu, ditutup susulan banjir di daerah ini sejak Ahad lalu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan