Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir Di Kelantan Kian Buruk, Mangsa Di 6 Negeri Lebih 225,000!

ANGGOTA tentera membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai Kelantan, Malaysia, hari ini. - Foto Azhar Rahim
ANGGOTA tentera membantu mangsa banjir di daerah Kuala Krai Kelantan, Malaysia, hari ini. – Foto Azhar Rahim

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.

Terengganu mencatat seramai 33,260 mangsa, Pahang (33,225), Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor (33).

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman, berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan membabitkan lapan daerah.

Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).
– BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan