Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banjir: 14 sekolah di tiga daerah terjejas

KOTA KINABALU – Sebanyak 14 buah sekolah yang melibatkan 2,982 orang murid di tiga buah daerah, terjejas selepas kawasan berkenaan dilanda banjir hari ini.

Daerah Beaufort mencatat jumlah sekolah paling banyak terjejas iaitu 12 buah sekolah melibatkan 2,700 murid, diikuti masing-masing satu sekolah di Papar (176) dan Tenom (106).

“Bagaimanapun, pembelajaran tiga buah sekolah di SK Kalang Kanar (Tenom),  SK Lago dan SK Batu 60 (Beaufort) berjalan seperti biasa kerana paras air yang masih berada di tahap selamat,” demikian menurut kenyataan dari Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Antara sekolah yang terpaksa ditutup ialah SK Pekan Membakut, SK Sinoko, SK Bambangan, SK Lembah Poring, SJKC Pei Yin, SK Tamalang, SJKC Kong Ming, SMK Membakut, SK St Patrick, SK Mempagar di daerah Beaufort serta SK Sumbiling, Papar.

Semua kawasan terbabit dilanda banjir selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak malam semalam.

Sesi persekolahan akan dibuka semula seperti biasa selepas keadaan banjir kembali surut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

BANJIR…. Murid-murid sekolah membantu mengalihkan meja dan kerusi sekolah.
BANJIR…. Murid-murid sekolah membantu mengalihkan meja dan kerusi sekolah.

Komen


Berita Berkaitan