Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangunan Uzur Di Kem PLKN Akan Dinaik Taraf: Abdul Rahim

8:21am 30/05/2014 Pak Roshan 7 views Tempatan

pic-58

TAWAU: Bangunan uzur di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara akan dinaik taraf untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada pelatih, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata pihak pengusaha perlu menyediakan kemudahan atau prasarana lebih baik dan menyegerakan penaiktarafan bangunan yang dikenal pasti uzur selepas 10 tahun digunakan sejak program berkenaan bermula pada 2004.

“Mungkin pihak pengusaha kem PLKN akan diminta menambah baik atau membuat perubahan, antaranya menyediakan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kem PLKN San Shui di sini Khamis

Abdul Rahim berkata PLKN melahirkan kira-kira tiga juta pelatih sejak diwujudkan dan menampakkan kesan positif dalam usaha kerajaan menyemai semangat cintakan negara serta kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

Mengulas cadangan mengambil pelatih lelaki sahaja menyertai PLKN, beliau berkata kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan boleh diambil.

“Kita kena ambil kira objektif penubuhan PLKN ini, antaranya untuk membina masyarakat yang bersatu padu.

“Jadi ini bukan hanya melibatkan golongan lelaki. Kita berbeza dengan program di Singapura yang lebih kepada ketenteraan dan matlamatnya tak sama dengan kita. Matlamat kita lebih kepada integrasi dan bersatu padu,” katanya.

Abdul Rahim berkata golongan wanita juga ingin memiliki kualiti yang sama dengan lelaki malah pada masa ini, banyak sektor dimonopoli kaum berkenaan.

“Dulu, semasa kita mahu perkenal peraturan ujian cek kehamilan pun mengambil masa yang begitu lama untuk dipersetujui kerana mereka (wanita) tidak mahu didiskriminasi dan isu gender ini bukan isu yang ringan,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan