Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangunan SABATA berusia 56 tahun berwajah baru

3:46pm 18/08/2016 Leolerry Lajius 44 views Tempatan
Janet (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan-Gambar Oleh Alex Mairin

Janet (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) melalui tanggungjawab sosialnya membina  bangunan baru untuk Persatuan Pencegahan Batuk Kering Sabah (SABATA).

Bangunan tersebut menggantikan bangunan lama yang dibina sejak tahun 1960 lagi, bagi menempatkan pesakit tibi yang tidak mempunyai tempat tinggal terutama pesakit yang datang dari pedalaman.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid berkata, sumbangan SHAREDA ini adalah amat dihargai berikutan keadaan bangunan asalnya yang telah usang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak SHAREDA kerana bermurah hati menghulurkan bantuan untuk membaibulih bangunan ini dalam tempoh masa yang begitu cepat daripada yang dijadualkan,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian bangunan baru SABATA, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna  Janet K.L Chee.

Jainab juga turut memuji konsep mesra alam yang diperkenalkan oleh SHAREDA untuk membina bangunan baru berkenaan dan turut menyarankan agar ia dicontohi oleh pemaju mahupun individu yang berkenaan.

SABATA telah diwujudkan sejak era Pentadbiran British dan mempunyai sejarah perkhidmatan yang konsisten kepada pesakit-pesakit tibi.

SABATA juga adalah salah satu ahli yang dianggap sebagai ‘orang lama’ di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) dan melalui MPMS kerajaan  memberi peruntukan tahunan lebih RM20 ribu kepada SABATA untuk menjalankan program kesedaran pendidikan kesihatan di dalam dan luar bandar di negeri ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Presiden SHAREDA Datuk Francis Goh (kiri), Janet (tengah) dan Presiden SABATA Henry Mogindol (kanan) memotong reben sempena perasmian bangunan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Presiden SHAREDA Datuk Francis Goh (kiri), Janet (tengah) dan Presiden SABATA Henry Mogindol (kanan) memotong reben sempena perasmian bangunan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan