Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangunan Letak Kereta Bertingkat Di Foh Sang, Luyang

rahman1

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan ruang parkir di kawasan Foh Sang Luyang akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini apabila cadangan untuk membina sebuah bangunan enam tingkat disuarakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata kos pembinaan bangunan yang dicadangkan itu kira-kira RM30 juta dan akan dibina di tapak seluas 30,000 kaki persegi di dua kawasan tanah lapang di kawasan itu dan pembinaan ruang parkir sebanyak 500 lot, pasar dan ruang untuk penjaja itu dijangka akan siap pada 2016.
“Perbincangan bersama Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir sudah dibuat dan kami telahpun mengenal pasti lokasi serta kosnya dan saya sukacita mengumumkan bahawa kementerian saya akan membantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pemimpin setempat bagi memastikan penyelesaian kepada masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan mengedarkan kuih bulan kepada orang ramai di kawasan Foh Sang Luyang hari ini.
“Makanan di sini sedap-sedap, tetapi kesesakan lalu-lintas dan masalah tempat letak kereta menjadi masalah para pengunjung. Maka komitmen saya kepada DBKK dan pemimpin setempat ialah membina tempat letak kereta bertingkat dan gerai penjaja,” katanya.
Abdul Rahman berkata kementeriannya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai cadangan itu dan peruntukan akan disediakan dalam bajet dua tahun.
Ketika ditanya mengenai masalah banjir kilat yang kerap berlaku di sekitar bandaraya, beliau berkata “Ia memerlukan peruntukan yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu namun kerajaan akan meneliti secara berperingkat berdasarkan keutamaan”.Oleh: ORYENNE SHAMSON

 

Komen


Berita Berkaitan