Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangunan, kuarters perumahan bomba akan dinaiktaraf

20121015_114636

KOTA KINABALU – Kerajaan akan memberi tumpuan untuk menaiktaraf Balai Bomba dan Penyelamat termasuk kemudahan kuarters perumahan di seluruh negara di samping menggantikan bangunan rosak kepada yang baru.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek berkata, terdapat bangunan balai bomba yang dibina seawal tahun 70an telah usang dan tidak selamat untuk diduduki oleh para pegawai dan anggota yang bertugas.

“Sekiranya bangunan itu tidak selamat, kerajaan akan tukar kepada bangunan baru,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar JBPM di sini semalam.

Sementara itu, beliau juga berkata bahawa sebanyak 85 peratus daripada 847 anggota bomba seluruh negeri ini akan bertugas pada musim perayaan terutama hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, ia bagi memastikan setiap bencana atau kemalangan yang berlaku sepanjang musim perayaan dapat diberikan bantuan segera anggota pasukan bomba.

“Pengorbanan para pegawai dan anggota bomba yang tidak dapat merayakan Syawal bersama keluarga masing-masing demi menjalankan tugas membantu masyarakat yang menghadapi kecelakaan adalah amat dihargai,” katanya.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan