Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangunan Felcra bakal dibina di Sabah

2:48pm 01/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views Tempatan
SUMBANGAN... Bung menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak di majlis Mesra Aidilfitri 2016.

SUMBANGAN… Bung menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak di majlis Mesra Aidilfitri 2016. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad) akan membina bangunan sendiri di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata pembinaan bangunan yang dijangka pada tahun hadapan itu bertujuan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada seluruh kakitangan Felcra Sabah.
“Felcra Berhad telah mengenalpasti beberapa bidang tanah yang berpotensi tinggi untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan setinggi tujuh sehingga lapan tingkat itu,”katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Mesra Aidilfitri 2016 di Hotel Tabung Haji, disini, hari ini.
Selain itu, beliau hari ini turut mengumumkan bahawa semua kakitangan Felcra Berhad tidak lagi perlu membayar insurans kesihatan bermula tahun depan.
Jelasnya, pembiayaan bagi insurans tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan.
“Sejumlah RM 10 juta akan diperuntukkan bagi membiayai insuran kesihatan untuk semua 3,500 orang kakitangan Felcra Berhad seluruh negara,”katanya.
Terdahulu, Bung berkata program tahunan Felcra berhad itu bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan mengeratkan tali silaturahim anta pengurus wilayah dan kakitangan Felcra.
“Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan lagi hubungan silaturahim sedia ada sekaligus memberi suntikan semangat kepada semua kakitangan Felcra untuk lebih fokus dalam penjanaan pendapatan di masa hadapan,”katanya.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Yusope, Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Sabah, Hj. Hasan Hilmi Mohammad Taib. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
MESRA... Bung beramah mesra bersama kakitangan Felcra dan para jemputan. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

MESRA… Bung beramah mesra bersama kakitangan Felcra dan para jemputan. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan