Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangunan baharu OUM Tawau

Kakitangan tetap OUM Cawangan Tawau bergambar di hadapan bangunan baharu universiti itu. - foto Masani Sandan / SayangSabah
Kakitangan tetap OUM Cawangan Tawau bergambar di hadapan bangunan baharu universiti itu. – foto Masani Sandan / SayangSabah

TAWAU – Penuntut Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Tawau bakal menikmati kemudahan yang lebih baik dengan adanya bangunan baharu universiti tersebut.

Timbalan Pengarah OUM Cawangan Tawau, Vera Voo Mui Yin berkata, bangunan baharu tersebut terletak di Kawasan Bandar Sri Indah, iaitu kira-kira 24 kilometer (km) dari pusat bandar Tawau.

Menurutnya, bangunan itu dijangka dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan 1 merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching.

“OUM Cawangan Tawau telah memulakan operasi pengambilan pelajar sejak Mei 2002 yang mana ketika itu tidak memiliki bangunan tetap. Bangunan sewaan pertama OUM di Tawau terletak di Taman Berjaya, kemudian berpindah ke UITM Tawau, SJK Sin Hwa dan Wisma Jin Ho sebelum memiliki bangunan tetap di Bandar Sri Indah Tawau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Vera berkata, setakat ini sejumlah dua belas program ditawarkan di cawangan tersebut dengan lapan program bagi sarjana muda iaitu pengurusan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, dan pengajian Islam dengan sejumlah 1,503 graduan dilahirkan sejak tahun 2002
sehingga tahun lepas. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan