Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangunan Baharu Di Sabah Kalis Gempa Bumi – JKR

5:59pm 03/03/2016 Pak Roshan 1987 views Mutakhir,Nasional

66694848

PETALING JAYA : Kesemua reka bentuk dan pembinaan bangunan baharu milik kerajaan di Sabah adalah kalis gempa bumi, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra Datuk Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) menetapkan panduan itu selepas gempa bumi di Ranau, Sabah, pada Jun tahun lepsa.

Katanya, JKR mengguna pakai standard piawaian antarabangsa ‘Eurocodes’ dalam pembinaan kesemua bangunan di Sabah, mulai tahun ini.

“Eurocodes ialah garis panduan penetapan dalam reka bentuk dan pembinaan menjadikan struktur bangunan lebih kalis gempa bumi.

“Projek pembinaan bangunan baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kota Kinabalu yang berjalan sekarang mengikut Eurocodes ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur JKR, Kamaluddin Abdul Rashid berkata, pembinaan bangunan baharu di Semenanjung Malaysia terus mengikut piawaian yang sedia ada kerana aktiviti seismik tidak sekuat yang berlaku di Sabah.

“Tahap gegaran akibat gempa bumi di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan ia terjadi di negara jiran maka ia tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada struktur bangunan,” katanya.

Katanya kesemua bangunan di Semenanjung Malaysia adalah selamat dan mampu bertahan gegaran akibat gempa bumi dari negara jiran.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan