Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangunan 1,700 meter semua dalam satu

9:01am 08/02/2016 Pak Roshan 1179 views Global
GAMBAR lakaran artis menunjukkan bangunan yang akan menjadi menara tertinggi di dunia apabila siap pada 2046.

GAMBAR lakaran artis menunjukkan bangunan yang akan menjadi menara tertinggi di dunia apabila siap pada 2046.

Tokyo: Jepun dikatakan merancang membina sebuah menara setinggi 1,700 meter di bandar mega yang digelar Next Tokyo.

Apabila siap kelak, menara itu akan dua kali lebih tinggi berbanding bangunan tertinggi dunia ketika ini, – Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Struktur itu yang dikenali sebagai ‘Sky Mile Tower’ akan menjadi bangunan utama di New Tokyo, bandar raya futuristik yang dirancang bagi menangani perubahan iklim.

Menara mega itu dijangka boleh didiami seramai 55,000 orang yang akan mempunyai akses kepada ‘lobi angkasa’, kawasan yang akan menempatkan pusat beli-belah, restoran, hotel, gym dan juga klinik kesihatan.

Ia akan dibina dengan bentuk heksagon kerana ia bentuk paling kalis angin, menurut majalah Architectural Digest.

Lifnya bukan sahaja boleh membawa penduduk secara menegak, tetapi juga secara horizontal ke apartmen masing-masing.

Arkitek juga mereka cara khusus untuk mengagihkan air kepada penduduk di tingkat atas dengan mencipta bangunan yang akan mengumpul, merawat dan menyimpan air di tingkat tertentu.

Pemaju Next Tokyo Kohn Pedersen Fox Associates dan Leslie E Robertson Associates percaya jualan hartanah itu juga boleh membantu membiayai pembinaan projek berkenaan jika ia diluluskan.

Bandar raya dalam bangunan itu dijangka siap menjelang 2045 dan menurut pemajunya, ia direka khas untuk tahan kesan bencana alam, termasuk gempa bumi dan taufan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan