Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangladesh, Rohingya dilarang berkahwin

kahwinrohingya

DHAKA – BANGLADESH . Kerajaan Bangladesh mengharamkan perkahwinan antara rakyatnya dengan pelarian Rohingya kerana mereka didakwa cuba menggunakan perkahwinan untuk mendapatkan kewarganegaraan.

Menteri Undang-Undang dan Keadilan Anisul Haque berkata, pihaknya telah mengarahkan pendaftar perkahwinan untuk tidak merasmikan mana-mana perkahwinan antara warga Bangladesh dan Rohingya mahupun Rohingya sesama mereka.

“Satu pekeliling mengenai perkara itu telah diterbitkan dan kami ada terima aduan bahawa rakyat Rohingya yang berkahwin dengan rakyat Bangladesh cuba menggunakan sijil perkahwinan untuk mendapatkan pasport Bangladesh dan dokumen lain.”katanya.

Haque juga memberi amaran jika pendaftar perkahwinan melanggar perintah tersebut, mereka akan menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun.

Dalam pada itu, Haque turut menepis dakwaan mengatakan bahawa kerajaan cuba mengawal kebebasan rakyatnya untuk berkahwin, sebaliknya menyifatkan perintah itu sebagai mematuhi sistem perkahwinan rasmi yang menolak rakyatnya berkahwin dengan pendatang tanpa izin.

Komen


Berita Berkaitan