Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangkai Tikus Dalam Sup

tikus

Gaoping (China): Sebuah restoran stimbot di sini dikecam selepas gambar bangkai seekor tikus yang ditemui di dalam sup seorang pelanggan tersebar melalui aplikasi WeChat sejak Isnin lalu.
Pelanggan itu memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen: “Saya tidak akan makan di restoran Wangqingshui lagi! Tak sangka perkara ini berlaku kepada saya.”
Pengurus restoran itu, Ge Qing mengesahkan ketulenan gambar terbabit.
Katanya, dia membayar sebanyak 20,000 yuan (RM11,800) kepada pelanggan itu sebagai pampasan dan menawarkan makanan percuma.
“Kami menjalankan penghapusan tikus secara rutin. Saya tidak tahu bagaimana bangkai haiwan itu boleh berada dalam sup berkenaan,” katanya.
Seorang pelayan, He Liping berkata, dia menghidangkan makanan itu kepada empat pelanggan di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan).
“Bangkai tikus itu saya cedok dari dasar sup selepas saya memasukkan ikan todak di dalamnya,” katanya.
Penyiasat dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan memberitahu, Qing tidak segera melaporkan penemuan itu kerana menyangka perkara berkenaan boleh diselesaikan dengan wang.- Agensi

Komen


Berita Berkaitan