Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,732

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangkai tikus dalam baju

10:24am 16/11/2016 Pak Roshan 10 views Global
KAKI tikus (dalam bulatan) terjulur di jahitan tepi baju berkenaan. - DM

KAKI tikus (dalam bulatan) terjulur di jahitan tepi baju berkenaan. – DM

New York: Seorang wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat fesyen ternama, Zara, selepas menemui bangkai tikus pada jahitan tepi pakaian yang dibelinya.

Cailey Fiesel berkata, dia membeli dua baju jenama itu di Greenwich, Connecticut Julai lalu dan terhidu bau busuk apabila memakainya untuk ke pejabat, menurut dokumen mahkamah.

Dia mulanya menyangka ada benang yang tertanggal di sepanjang jahitan tepi berkenaan sebelum menyedari ia sebenarnya kaki tikus yang terjulur keluar dengan baki bangkai itu terperangkap di dalam jahitan terbabit.

Menurut dokumen itu: “Ketika di pejabat, dia menyedari bau busuk tetapi tidak dapat mengenal pasti sumbernya. Walaupun selepas bangun dan berjalan sekeliling, dia masih terhidu bau itu. Selepas memeriksa bajunya, dia ternampak seperti benang tertanggal. Dia cuba mencabut benang itu tetapi terkejut selepas merasakan ada sesuatu yang menggelembung pada jahitan tepi bajunya sebelum menyedari apa yang di sangkanya benang itu ialah kaki tikus.”

Dia mendakwa kejadian itu menyebabkan dia tertekan dan menuntut ganti rugi yang jumlahnya tidak didedahkan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan