Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangkai pesawat EgyptAir ditemui di Mediterranean – Tentera Mesir

6:28pm 20/05/2016 Pak Roshan 967 views Global,Mutakhir
IMEJ yang diambil daripada rakaman video menunjukkan sebuah kapal Tentera Laut Mesir menjalankan misi mencari pesawat penerbangan EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean. - Foto AFP

IMEJ yang diambil daripada rakaman video menunjukkan sebuah kapal Tentera Laut Mesir menjalankan misi mencari pesawat penerbangan EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean. – Foto AFP

KAHERAH: Tentera Mesir berkata pasukan mencarinya sudah menemui bangkai pesawat EgyptAir yang terhempas di Mediterranean, kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah.

Pesawat itu membawa 66 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.

“Pesawat dan kapal tentera laut Mesir menemui barang peribadi penumpang dan sebahagian bangkai pesawat,” kata jurucakapnya di laman Facebook. – AFP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan