Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangkai Nuri Dikeluarkan Dari Lokasi Terhempas

3:02pm 06/10/2016 Pak Roshan 686 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Rangka helikopter Nuri milik TUDM yang terhempas di SMK Balung, Tawau, Sabah kelmarin dibawa keluar dari lokasi nahas menggunakan kren dan treler pagi tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Rangka helikopter Nuri milik TUDM yang terhempas di SMK Balung, Tawau, Sabah kelmarin dibawa keluar dari lokasi nahas menggunakan kren dan treler pagi tadi. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU – Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di atas bumbung sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung pada 4 Oktober lalu sudah dikeluarkan dari kawasan insiden.

Tinjauan Bernama di sini hari ini mendapati kerja-kerja mengangkat helikopter berkenaan bermula kira-kira jam 8 pagi dan selesai pada jam 12.45 tengah hari.

Helikopter berkenaan dinaikkan ke sebuah treler sebelum dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.

Kerja-kerja mengeluarkan helikopter berkenaan dipantau oleh pegawai TUDM.

Dalam kejadian itu, helikopter Nuri TUDM itu mendarat cemas di bumbung dewan terbuka SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan