Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bangkai gajah ditemui di Sungai Kinabatangan

BANGKAI gajah yang terapung di Sungai Kinabatangan – Foto Ihsan Pembaca

 

KINABATANGAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bangkai gajah yang terapung di Sungai Kinabatangan di sini, pagi tadi.

Pengarahnya, Augustine Tuuga, berkata beliau bagaimanapun belum menerima sebarang perkembangan daripada pasukan jabatan itu yang berada di lokasi terbabit.

“Maklumat itu dikongsikan oleh pemandu pelancong yang membawa pelancong ke Kinabatangan (di kawasan sungai itu).

“Daripada gambar yang disebarkan, gajah itu mungkin berusia tiga atau empat tahun, namun kami masih belum dapat pastikan,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi.

Augustine berkata, berdasarkan gambar itu juga, keadaan fizikal hidupan liar berkenaan dilihat masih sempurna.

Gambar bangkai gajah itu bersama dua rakaman suara menjadi viral menerusi Whatsapp hari ini.

Rakaman suara itu seolah-olah menggambarkan bahawa bangkai itu ditemui di sungai berhampiran Pusat Penyelidikan Danau Girang. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan