Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bangkai buaya disangka mainan

8:55am 15/07/2016 Pak Roshan 807 views Global
BANGKAI buaya yang ditemui di tempat pembuangan sampah.

BANGKAI buaya yang ditemui di tempat pembuangan sampah.

Zhejiang: Bangkai buaya sepanjang 2.4 meter ditemui di tempat pembuangan sampah di daerah Zhejiang di China.

Menurut People’s Daily Online, seorang tukang sapu menemui bangkai haiwan berkenaan ketika melakukan kerja di kawasan itu, kelmarin.

Dia mulanya menyangka ia model mainan.

Pakar mengesahkan, reptilia itu buaya siam dari Thailand.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai He menemui bangkai reptilia itu kira-kira jam 6.30 pagi ketika mengangkat sampah. Katanya, dia ternampak bangkai itu di bahu jalan dengan ekornya terdedah. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan