Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Banduan menyebabkan kematian isteri dihukum penjara 14 tahun 

4:17pm 27/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 863 views Jenayah,Tempatan
Ridhwan Hawil (kiri)

Ridhwan Hawil (kiri)

KOTA KINABALU- Seorang banduan dihukum 14 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian isterinya.
Ridhwan Hawil, 32 telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor, Pulau Gaya, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, pada 11 Januari, tahun lalu.
Atas kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara yang boleh sampai tempoh tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Dalam mitigasi, Ridhwan memohon agar hukuman minimum dikenakan ke atasnya dan hukuman tersebut dijalankan secara serentak dengan hukuman yang sedang dijalani oleh tertuduh itu.
Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi meminta agar Mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan oleh Ridhwan merupakan kesalahan yang berat.
Katanya, mangsa dalam kes tersebut merupakan isteri tertuduh. Punca kejadian adalah disebabkan oleh mangsa, 55 enggan memenuhi keinginan seksual tertuduh.
Disamping itu, Ridhwan juga telah membakar rumah mereka walaupun tertuduh sedar bahawa isteri dan anaknya yang mengalami kecederaan teruk masih berada dalam rumah tersebut.
Hakim Ainul Shahrin Mohammed turut memerintah agar tertuduh menjalankan kedua- dua hukuman dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 304 Akta yang sama dijalankan secara berasingan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan