Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Banduan lari berjaya ditahan semula

1:09pm 17/06/2016 Pak Roshan 4033 views Jenayah,Mutakhir
TAWAU 15 JUNE 2016. ( KKM046W ) Suspek yang melarikan diri dari tahanan di Bangunan Mahkamah Tawau. NSTP/IHSAN IPD TAWAU

TAWAU 15 JUNE 2016. ( KKM046W ) Suspek yang melarikan diri dari tahanan di Bangunan Mahkamah Tawau. NSTP/IHSAN IPD TAWAU

TAWAU: Banduan yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara Tawau atas kesalahan merogol gadis bawah umur, berjaya ditahan semula di Lahad Datu, malam tadi.

Lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Kampung Aman Jaya, Semporna, melarikan diri ketika dalam perjalanan ke trak polis di pekarangan Mahkamah Tawau, selepas kesnya selesai dibicarakan, pada Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata suspek ditahan pada jam 1.45 pagi di Division 5 Ladang Tamaco oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang menjalankan tugas Ops Cantas Khas.

“Banduan itu ditahan ketika bersembunyi di ladang berkenaan hasil kerjasama masyarakat setempat yang menyalurkan maklumat,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, di sini hari ini.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan yang boleh dihukum dengan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pihaknya juga meneliti jika unsur kecuaian atau pelanggaran kesalahan oleh anggota polis ketika menjalankan tugas menjaga banduan terbabit. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan