Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Banduan kantoi dalam peti ais

BULGAKOV ditemui menggigil kesejukan.
BULGAKOV ditemui menggigil kesejukan.

Yekaterinburg (Russia): Taktik seorang banduan mengelak hadir ke mahkamah nyata gagal apabila polis yang mencarinya menemuinya dalam peti sejuk di rumah ibunya.

Polis membawa waran tangkap untuk Eduard Bulgakov, 31, selepas gagal menghadiri prosiding namun ibunya tidak mengetahui di mana dia berada.

Bagaimanapun, mereka curiga selepas melihat penghantaran piza yang banyak selain pelbagai barang dapur berselerak atas meja dan bukan di dalam peti sejuk.

Jurucakap polis berkata: “Anggota polis dan pegawai mahkamah dapat melihat piza yang banyak dengan separuh daripadanya dimakan. Tidak mungkin wanita itu memakan semuanya seorang diri.

“Mereka menemui Bulgakov kerana ibunya nampak gusar apabila disoal mengapa makanan berlebihan tidak disimpan di dalam peti sejuk.

Komen


Berita Berkaitan