Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Balu hilangkan diri dirayu pulang

Mariana bersama anak bungsunya pada 2000.
Mariana bersama anak bungsunya pada 2000.

KENINGAU – Seorang petani, Salami Jamir, dari Kampung Gaulan, di sini merayu supaya kakaknya, Mariana Jamir, 53, kembali ke pangkuan keluarga setelah hampir sembilan tahun menghilangkan diri dan tidak menghubungi mereka.

Salami memberitahu, kali terakhir kakaknya itu menghubungi mereka adalah pada 2005 untuk memaklumkan bahawa dia telah mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Kuala Lumpur.

“Kakak saya berpindah ke Semenanjung pada 2002. Masa itu kami berhubung. Walau bagaimanapun, tiga tahun selepas itu dia tidak lagi menghubungi kami dan telefon bimbitnya juga tidak aktif, malah dia juga tidak pernah meninggalkan alamat tempat tinggal,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Salami berkata, dia telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Keningau baru-baru ini mengenai kehilangan misteri kakaknya itu yang merupakan seorang balu dan mempunyai tiga akan perempuan yang turut dibawa berpindah ke Semenanjung.

Jelas Salami lagi, dia sekeluarga merayu kepada pihak keselamatan serta orang ramai agar membantu beliau untuk mengesan kakaknya dan meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mariana agar menghubungi balai polis terdekat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan