Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BALKIS beri sumbangan kepada anak yatim

4:48pm 27/07/2016 Leolerry Lajius 17 views Tempatan
Mohamad Said menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim sempena majlis berkenaan.

Mohamad Said menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 30 orang anak yatim dan OKU diraikan sempena dengan Majlis Ukhuwah sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Islam (BALKIS), di Wisma Innoprise, hari ini.

Pengerusi BALKIS Hj. Mohamad Said Hj Hinayat berkata, anak yatim yang terlibat dalam majlis berkenaan adalah terdiri daripada anak-anak ahli persatuan berkenaan.

Beliau turut menyatakan bahawa, sambutan perayaan seumpama itu bukan sahaja akan disambut sempena perayaan hari raya sahaja tetapi perayaan-perayaan lain juga akan dirayakan.

“Persatuan ini bukan sahaja mengadakan sambutan perayaan hari raya sahaja tetapi kita juga akan mengadakan membuat sambutan perayaan lain,”katanya ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.

Tambah beliau, persatuan itu juga menjadi wakil kepada kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Persatuan ini ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri dan secara tidak langsung kita menjadi wakil kepada kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan,”katanya.

Beliau turut berharap agar persatuan ini akan terus aktif dan menjadi medium untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan