Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Balas dengan K-pop

10:05am 09/01/2016 Pak Roshan 5 views Global
SEORANG askar Korea Selatan berdiri di sebelah pembesar suara digunakan untuk menyiarkan propaganda di zon bebas tentera antara Korea Utara serta Selatan.

SEORANG askar Korea Selatan berdiri di sebelah pembesar suara digunakan untuk menyiarkan propaganda di zon bebas tentera antara Korea Utara serta Selatan.

Seoul: Korea Selatan menggunakan kaedah tersendiri – gabungan K-pop dan sindiran pedas – sebagai tindak balas ke atas Korea Utara yang mengadakan ujian nuklear baru-baru ini.

Siaran komentar, berita dan cuaca dari seluruh dunia disiar bersama dengan lagu hits K -pop termasuk ‘Bang Bang Bang’ daripada kumpulan K-pop popular, Big Bang dan Me Gustas Tu oleh GFriend.

Kementerian pertahanan berkata, seleksi muzik terkini sengaja dipilih untuk membuatkan keadaan lebih menarik dalam menyiarkan propaganda di sempadan dengan Korea Utara.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sama ada lagu berkenaan dipilih khas untuk menyampaikan mesej tersirat kepada Korea Utara.

Pada awal siaran, di Gimpo, sempadan dua Korea berkenaan, Seoul mengkritik dakwaan Korea Utara mengenai ujian bom hidrogen pertamanya, Rabu lalu.

“Ujian nuklear membuat Korea Utara lebih dipinggirkan dan menjadikannya umpama tempat kematian,” kata juruhebah.

Seorang lagi berkata, dasar Kim meningkatkan ekonomi dan keupayaan nuklear ‘tidak mempunyai nilai realistik.’

Malah, turut dikritik pakaian dan beg tangan mewah yang digemari keluarga pemimpin Pyongyang itu.

Siaran propaganda di atas bukit di Gimpo di sempadan Korea Utara menggunakan 11 pembesar suara berkuasa tinggi mengkritik Kim Jong Un, yang dipercayai meraikan ulang tahun kelahiran ke-33, semalam.

“Pakaian untuk Kim dan isterinya, Ri Sol Ju bernilai puluhan ribu dolar setiap satu dan beg tangan pula bernilai ribuan dolar,” kata seorang penyiar.

Siaran itu mampu didengar sejauh 24 kilometer (km) pada waktu malam dan 10km pada siang, meliputi kawasan tentera di sempadan dan orang awam di utara.

Pada dunia luar, kemungkinan siaran itu mampu mencetuskan kemarahan Korea Utara sesuatu yang sukar difahami kerana mempamerkan kebebasan serta demokrasi.

Bagaimanapun, Pyongyang menganggapnya mengancam maruah pemimpin dan sistem politik mereka malah pada Ogos lalu menganggapnya cukup provokasi sehingga membawa kepada tembakan dilepaskan di sempadan.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan