Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Balai polis bersih sokong misi bandar raya tanpa sampah

3:40pm 24/06/2016 Pak Roshan 62 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
DATUK Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra (kanan) di Majlis Pengiktirafan Semula Balai-Balai Polis, IPD Kota Kinabalu Sebagai Pejabat Tanpa Sabah 2015 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

DATUK Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra (kanan) di Majlis Pengiktirafan Semula Balai-Balai Polis, IPD Kota Kinabalu Sebagai Pejabat Tanpa Sabah 2015 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggesa semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis di bandar raya ini menjaga kebersihan premis bagi membantu usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikannya kawasan bebas sampah.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, berkata kebersihan di kawasan bangunan kerajaan seperti balai polis penting kerana ia mencerminkan imej sesebuah organisasi.

“Ia bermakna semua kakitangan dalam premis tanpa sampah adalah anggota berdisiplin tinggi.

“Penyertaan polis dalam usaha ini menerusi Kempen Anti Kutu Sampah adalah kerjasama dan usaha positif bagi menyokong serta memperluaskan strategi 4P DBKK iaitu perkhidmatan, pembersihan, penguatkuasaan dan pembangunan.

“Saya bangga bilangan balai polis yang diiktiraf bebas sampah semakin bertambah saban tahuni,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Semula Balai Polis, IPD Kota Kinabalu Sebagai Pejabat Tanpa Sampah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 10 balai polis sekitar Kota Kinabalu diiktiraf sebagai balai polis tanpa sampah.

Ia termasuk Balai Polis Inanam, Balai Polis Alam Mesra, Balai Polis Kota Kinabalu dan Balai Polis Tanjung Aru.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra; Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Mohd Azhar Hamin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya DBKK, Robert Lipon.

Dalam majlis sama, Boon Hai turut menyerahkan mesin untuk menukar sisa makanan kepada baja kompos, yang dikenali sebagai Milen kepada semua balai polis yang menerima pengiktirafan Pejabat Tanpa Sampah daripada DBKK. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan