Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bal-bal dipilih maskot SIFF 2015

Musa (kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) kali ke-10 di Perkarangan Wisma Innoprise. - foto ihsan Jabatan Penerangan
Musa (kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) kali ke-10 di Perkarangan Wisma Innoprise. – foto ihsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Festival Kesenian Antarabangsa Sabah (SIFF) yang merupakan acara bertaraf dunia bagi mempromosikan kebudayaan negeri ini akan diadakan pada 10 hongga 15 Ogos depan.

Justeru, majlis pelancaran acara tersebut yang anjurkan buat tahun ke-10 pada kali ini diadakan di perkarangan Wisma Innoprise, di sini hari ini dan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datu Rusmadi Sulai berkata, sebanyak 15 buah negara mengesahkan penyertaan dalam SIFF tahun ini yang dianjurkan bertemakan `Perkahwinan Adat’.

Negara tersebut ialah Slovakia, Latvia, Indonesia, Filipina, South Korea, Russia, Brunei Darussalam, Republik Sakha Yakutia Russia, Kazakhstan, Taiwan, India, Kyrgyzstan, Turki, Mexico dan Bangladesh.

Bal-bal merupakan maskot rasmi Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) kali ke-10 yang berlangsung dari 10 hingga 15 Ogos ini. - foto ihsan Jabatan Penerangan
Bal-bal merupakan maskot rasmi Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) kali ke-10 yang berlangsung dari 10 hingga 15 Ogos ini. – foto ihsan Jabatan Penerangan

“Objektif penganjuran SIFF ialah untuk mempromosikan persefahaman, keamanan, persaudaraan dan pelancongan melalui budaya serta meningkakan promosi Sabah sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Asia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran SIFF.

Datu Rusmadi menambah, pihak penganjur menyediakan pelbagai acara menarik termasuk enam program utama sepanjang enam hari acara SIFF berlangsung beberapa lokasi seperti Wisma Budaya, Lintasan Deasoka, Balai Seni Lukis Sabah dan Pusat Kebudayaan Penampang.

Acara utama tersebut ialah Perarakan KK City Folklore, Pameran Seni Folklore, Pameran Kraftangan dan Makanan Tradisi Sabah, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Tarian Kebudayaan Tempatan dan Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh membeli tiket secara pakej bagi kesemua acara iaitu RM30 bagi kanak-kanak dan RM80 untuk dewasa atau menghubungi 088 268 836 atau 268 808. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan