Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakti, Pandu Puteri Malaysia agih RM248,626 kepada 8,241 mangsa banjir di Sabah

Rosmah Mansur (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan banjir kepada seorang pelajar, sambil diperhatikan oleh Faridah Tussin (dua dari kiri) dan Jainab Ahmad (kanan) dalam majlis penyampaian sumbangan pasca banjir di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. - foto Ille Tugimin
Rosmah Mansur (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan banjir kepada seorang pelajar, sambil diperhatikan oleh Faridah Tussin (dua dari kiri) dan Jainab Ahmad (kanan) dalam majlis penyampaian sumbangan pasca banjir di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Nasib 8,241 mangsa banjir di negeri ini mendapat pembelaan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti)  dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM248,626.

Misi bantuan pasca banjir itu diteruskan ke negeri ini dan penyampaian bantuan itu dilakukan oleh isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti dan PPPM, Datin Rosmah Mansur.

Di majlis berkenaan, seramai 80 mangsa banjir termasuk 30 pelajar serta 10 guru dari daerah Membakut dan Beaufort menerima sumbangan tersebut manakala selebihnya akan menerima bantuan itu dalam acara berasingan di kawasan masing-masing.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, kejadian bencana alam itu berlaku enam kali dalam tempoh tiga bulan itu telah mengakibatkan sembilan daerah di Sabah terjejas dengan seramai 2,118 ketua keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan.

Rosmah Mansur (kiri,duduk) dan Jame Alip menandatangani Watikah Penyerahan Bantuan Bencana Banjir PPPM. - foto Ille Tugimin
Rosmah Mansur (kiri,duduk) dan Jame Alip menandatangani Watikah Penyerahan Bantuan Bencana Banjir PPPM. – foto Ille Tugimin

Menurut beliau, kejadian itu telah menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman dan menjejaskan kehidupan seharian penduduk termasuk sesi persekolahan.

“Semua pihak turut terkesan daripada bencana ini dan fokus pemulihan dan agihan bantun kepada mangsa banjir tetap menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan mereka meneruskan kehidupan.

“Sehubungan itu, kami amat menghargai keprihatinan Datin Seri Rosmah Mansur kerana sudi hadir bagi menyampaikan sumbangan pasca banjir. Kerajaan juga prihatin dan memberikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir sebanyak RM500 untuk setiap ahli keluarga melalui Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Dua dari kiri, Sukarti Wakiman, Faridah Tussin, Rosmah Mansur, Jame alip dan Jainab Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas majlis menandatangani Watikan Penyerahan Bantuan Bencana Banjir PPPM. - foto Illie Tugimin
Dua dari kiri, Sukarti Wakiman, Faridah Tussin, Rosmah Mansur, Jame alip dan Jainab Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas majlis menandatangani Watikan Penyerahan Bantuan Bencana Banjir PPPM. – foto Ille Tugimin

Hadir sama, isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Bakisa Sabah, Datin Seri Faridah Tussin; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah dan Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip.

Bakti turut menyumbang bantuan baju-T, kain pelikt, kain batik, selimut, tuala dan sejadah, telekung (untuk yang beragama Islam) atau kain ela (untuk buka Islam) yang bernilai RM77,000 kepada 770 buah keluarga.

Dalam pada itu, Sukarti yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri berkata, pihaknya memantau keadaan cuaca panas yang dialami pada ketika ini dan telah mengenalpasti kawasan yang kering serta mudah terjejas dengan kebakaran dan kemarau. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan